Wednesday, 24 April 2013


JERAWAT
Kemunculan jerawat selalu menggangu penampilan dan memberi  masaalah tak kira kepada kaum lelaki atau wanita. Ada beberapa jenis jerawat saperti, Jerawat pasir / kecil dan jerawat batu dan jerawat jenis bernanah.  Dan jika di lihat punca punca utama kulit berjerawat ada lah lebih banyak jika di bandingkan dengan jenis kulit yang lain., saperti
1.      Kulit berminyak
Pengeluaran minyak berlebihan yang di sebabkan oleh kelenjar kelenjar sebaceous yang aktif.
2.      Makanan
Gemar memakan makanan bergoreng, pedas dan makanan laut akan memburukkan lagi keadaan. Adalah baik sekiranya memakan lebih sayur sayuran dan buah buahan segar, dan meminum air sekurang kurangnya 8 gelas air sehari untuk mempercepatkan aliran toksin dari badan.
3.      Kebersihan
Tidak mengamalkan kebersihan diri dan penjagaan kulit muka dengan betul. Ini boleh menyebabkan bahan bahan kotoran dan sel sel mati tersumbat pada liang roma, menyebabkan inflamasi dan pembengkakkan kelenjar.
4.      Kesihatan
Mengamalkan senaman yang cergas akan merangsangkan sirkulasi yang lembap dan dapat menolong dalam elimenasi bahan bahan dari dalam kulit melalui peluh. Mendapat tidur yang cukup ia itu 8 jam, dan dapat mengawal stress dengan baik.
5.      Hormon
Perubahan hormon estrogen bagi kaum wanita semasa mensturasi.
 Cara Cara Merawat Jerawat.
a.      Cuci muka setiap hari,  pagi dan malam atau sebelum tidur, dengan menggunakan  produk penjagaan kulit yang sesuai dan bermutu saperti Zarraz Paramedical.
b.      Elakkan memakai alat alat solek spt, foundation, bedak atau blusher yang tebal buat sementara waktu atau sehingga jerawat hilang.
c.      Jaga pemakanan dan dapatkan tidur dan rehat yang cukup.
d.      Elakkan daripada memicit jerawat dengan jari bagi menggelakkan jangkitan bacteria dan parut.
e.      Membuat rawatan muka di saloon dan Spa Zarraz  dua minggu sekali.
Produk produk Zarraz yang di syorkan, seperti. :-
Calming Cleansing Milk, Firming Cleanser, Essence Sebum Gel & SPF 50.
Tips tips dan Cara Penggunaan.
1.      Sebagai permulaan,  gunakan pencuci muka calming cleansing milk, pagi dan malam 2/ hingga 3kali sehari.
2.      Selepas mencuci muka lap dan guna SPf 50, cairkan sedikit dengan air dan guna tipis sekiranya kulit sangat berminyak. Gunakan SPF 50 dlm 4 atau 5 kali sehari. Ia bukan sahaja melindungi kulit daripada sinaran UV / UVB, SPF 50 juga adalah medium antioksida terbaik, dapat stabilkan hormone dan menguatkan struktur kulit.
3.       Apabila jerawat dah reda dan kulit nampak semakin sembuh boleh di campurkan sedikit firming cleanser pada cleansing milk pada waktu pagi.
4.       Dan sapu tipis essence sebum gel pd kawasan berjerawat, liang roma terbuka dan berminyak, biarkan kering  barulah di sapukan SPF 50.

JERAGAT / PIGMENTASI
Kebiasaannya terjadi pada jenis kulit kering, sesetengahnya kelihatan saperti bintik bintik kecil, tompok tompok kecil dan besar.  Pada awalnya berwarna coklat muda dan menjadi semakin gelap atau kehitaman jika tidak di rawat. Sebenarnya jeragat ni tidak merbahaya, tetapi ia membuatkan kulit nampak kusam, kotor dan berusia. Jeragat agak sukar di hilangkan tanpa menggunakan skincare yang bermutu dan rawatan yang betul. Punca punca dan sebab sebab terjadinya jeragat yang di ketahui adalah saperti :-
-         Kulit yang terdedah kepada cahaya matahari, tak menggunakan sunblock dan penjagaan yang kurang sempurna.
-         Pernah menggunakan kosmetik yang tidak bermutu dan penggunaan skincare yang mengandungi Merkuri & Hydroquinone.
-         Tidak mengamalkan cara pemakanan yang sihat.
-         Perubahan atau Hormon tak seimbang.
-         Di sebabkan masaalah pada limpa.
-         Faktor usia.
Cara cara Merawat / Mengurangkan Jeragat.
a.      Cuci muka setiap hari, pagi dan malam, gunakan toner dan pelembap yang sesuai dan bermutu saperti Zarraz Paramedical.
b.      Sentiasa menggunakan Sunblock sebelum keluar rumah.
c.      Mendapatkan rawatan di saloon dan Spa Zarraz  setiap 2 minggu sekali.
d.      Makan makanan yang seimbang,lebihkan memakan sayur sayuran segar dan buah buahan dan meminum lebih 8 gelas air setiap hari.
e.      Mendapatkan tidor yang cukup dan kawal stress dengan baik.
f.       Mengamalkan senaman dan cara hidup yang sihat.
Produk Produk Zarraz Yang di syorkan ia lah,
Calming Cleansing Milk, Firming Cleanser, Refreshing Hydrating Lotion, Essence Sebum Gel, Stem Cell Serum, I - moisturizer dan Sun Protection SPF 50.
Tips Tips Dan Cara Penggunaan.
1.      Cuci muka 2 kali sehari ia itu pagi dan malam menggunakan calming cleansing milk dan di ikuti firming cleanser bersihkan dengan air dan lap.
2.      Titiskan Toner atau refreshing Hydrating Lotion pada kapas nipis (kalau kapas tu tebal toner lebih banyak serap pada kapas daripada kulit muka) dan sapu rata pada muka.
3.      Sapu Essence Sebum Gel, pada kawasan liang roma terbuka, tunggu sehingga kering baru lah di sapukan SPF 50.. Gunakan Esss. Sebum Gel sekali sehari.
4.      Gunakan I – moisturizer(bagi yang berumur bawah 45thn) pada waktu malam ia itu selepas toner dan barulah di ikuti dengan SPF 50.
5.      Bagi yang berumur 45thn keatas boleh menggunakan Stem Cell Serum pada waktu malam ia itu selepas toner dan di ikuti dengan SPF 50.


KULIT SENSITIF
Kita dapat mengenali jenis jenis kulit sensitive apabila keadaan kulit itu nampak nipis dan jelas kelihatan urat urat / pembuluh darah yang kemerah merahan di kawasan pipi dan sisi hidung.  Sesetengahnya nampak mengelupas dan ada juga yang mengalami kulit gatal.  Punca puncanya ia lah ;-

-          Pernah menggunakan skincare pengelupasan.
-         Pernah menggunakan skincar yang mngandungi Mercury / Hydrouinone.
-         Pernah membuat rawatan laser.
Cara Cara Merawat.
a .Cuci muka 2 kali sehari, pagi dan malam dengan menggunakan penjagaan kulit yang paling lembut ia itu yang lebih menggunakan bahan bahan natural spt. Zarraz Paramedical.
b.Tuam  muka dengan tuala sejuk, atau cuci dngan air sejuk.
c. Dapatkan rawatan di saloon dan spa Zarraz  2 minggu sekali.
Produk Produk Zarraz  yang Di Syorkan.
Calming Cleansing Milk, Firming Cleanser, Sun Protection SPF 50 & Essence Sebum Gel .
Tips Tips & Cara Penggunaan.
1.      Untuk permulaan hanya guna Calming Cleansing Milk & SPF 50 sekerap mungkin selama 1atau 2 minggu sehingga kemerahan atau kegatalan kulit sembuh. ( Calming clns Milk sgt baik untuk kulit sensitf ia dapat meredakan dan menguatkan system pertahanan kulit & SPF 50 dapat stabilkan hormon, memulihkan parut , memperbaharui cell kulit & kelihatan lebih muda 4 tahun) .
2.      Setelah kulit pulih bolehlah guna Firming Cleanser 2 kali sehari (selepas Calming Cleans Milk) pagi & malam.
3.      Sapu ringan Essence Sebum Gel pada kawasan berminyak  dan liang roma terbuka, 1kali sehari.( tunggu sehingga kering barulah pakai SPF 50).

KULIT MATANG
Keadaan kulit ini nampak sangat kering , kusam , tak berseri, agak longgar/ kendur dan jelas kelihatan kedutan kawasan mata, dahi dan pipi.  Kebiasaan puncanya ia lah; -
-         Tidak mengamalkan penjagaan kulit.
-         Tidak mengambil makanan yg bernutrisi.
-         Faktor usia
Cara Cara Merawat.
a.      Cuci muka 2 kali sehari dan menggunakan penjagaan kulit bermutu tinggi, yang dapat menjana semula kerosakan kulit, kolagen dan elastin, di mana ia dapat mengurangkan kedutan spt. skincare Zarraz Paramedical.
b. Mengamalkan pemakanan  dan  supplement yang terbaik untuk badan dan kulit spt. Pure Marine Collagen dr. Zarraz Paramedical. Dan amalkan meminum air putih lebih 8 gelas sehari.
c. Mendapatkan rawatan di Saloon dan Spa Zarraz 2minggu sekali.
 Produk Produk Zarraz Yang Di Syorkan.
Calming Cleansing Milk, Firming Cleanser, Refreshing Hydrating Lotion,  Essence Sebum Gel, Sun Protection SPF 50, Stem Cell Serum, Stem Cell Sleeping Gel.

Tips Tips & Cara Penggunaan.
1.      Cuci muka menggunakan Calming cleansing milk di ikuti dengan Firming Cleanser 2 kali sehari – pagi & malam.
2.      Lap muka dan gunakan Refreshing Hydrating Lotion yang di letakkan pada kapas nipis.
3.      Sapukan Essence Sebum Gel pada kawasan blackhead atau whitehead 1kali sehari, tunggu kering.
4.      Kemudian gunakan SPF 50 4 / 5 kali sehari,  termasuk kawasan mata (kulit akan nampak segar dan berseri) ia bertindak juga sebagai krim malam.
5.      Sapukan Stem Cell Serum pada keseluruhan muka & kawasan mata , 1 kali sehari di syorkan guna pada waktu malam.
6.      Stem Cell Sleeping Gel ia lah penting sebagai rawatan tambahan untuk mengimbangkan semula tahap PH, ia dapat melegakan, melembutkan, mencerah dan menyihatkan kulit.Dan dapat mmberikan peredaran darah yang lebih pada kawasan mata. Boleh di gunakan 2 /3 kali 1minggu seblum tidur. Gunakan terus selepas memakai Ref. Hydrating Toner.
7.      Jangan lupa untuk menggunakan skincare sehingga leher agar nampak sekata dengan kulit muka.

LIANG ROMA TERBUKA
Kulit muka kelihatan kasar dan boleh nampak liang roma dengan jelas, kebiasaannya keadaan kulit lebih kepada berminyak. 
Jenis kulit begini senang terjadi jerawat sekiranya tidak mengamalkan penjagaan yang baik kerana ia sangat terdedah kepada kotoran.
 Selain daripada dah jenis kulit begitu, punca lain yang di ketahui ia lah ;-
-         Pernah mengalami kulit berjerawat sebelum ini dan tabiat suka memicit dengan jari.
-         Tidak merawat dan mengamalkan penjagaan kulit dengan baik.
Cara Cara Merawat.
a.      Cuci muka setiap hari 2 kali ia itu pagi & malam menggunakan pencuci dan skincare bermutu spt. Zarraz Paramedical.
b.      Gunakan penyegar atau toner, selain dapat bertindak sebagai pembersih ia dapat mengetatkan liang roma.
c.      Gunakan sun block.
d.      Membuat rawatan di saloon & spa Zarraz 2 minggu sekali, kerana penggunaan mask dpt menghaluskan kulit.

Produk Produk Zarraz Yang Di Syorkan
Calming Cleansing Milk, Firming Cleanser, Refreshing Hydrating Lotion, Essence Sebum Gel & Sun Protection SPF 50.
Tis Tips & Cara Penggunaan.
1.      Cuci muka setiap 2kali sehari, pagi & malam menggunakan Calming Cleans Milk & Firming Cleanser.
2.      Lap dan sapu keseluruhan muka dgn Ref Hydrating Lotion / Toner yang di titiskan pada kapas nipis,(2 kali sehari).
3.      Sapukan Ess. Sebum Gel pada bahagian liang roma terbuka, blackhead dan berminyak.(1 kali sehari) biarkan kering
4.      Kemudian gunakan SPF 50 pada keseluruhan muka dan mata, campurkan dengan sedikit air jika kulit rasa sangat berminyak.( 4 / 5 kali sehari).

KULIT KUSAM
Warna kulit nampak tak sekata selain kulit muka nampak  tak berseri,tak sihat dan tak bermaya.
Antara punca puncanya ialah,
-         Tidak menjaga kebersihan, terdapat sel sel mati
-         Tidak mengamalkan penjagaan kulit
-         Tidak menjaga kesihatan dan pemakanan yang baik.
-         Cara cara merawat.
a.      Cuci muka 2 kali sehari, dan gunakan penjagaan kulit yang bermutu spt Zarraz Paramedical supaya mendapat kesan yang baik dan kekal lama.
b.      Mengamalkan cara hidup yang sihat, mmbuat senaman, mendapat tidur yang cukup dan  mengawal stress dengan baik.
c.      Menjaga kesihatan dengan mengambil makanan yang seimbang dan supplement yang baik untuk badan & kulit spt. Zarraz  Pure Marine Collagen, dan meminum air lebih 8 gelas sehari.
d.      Mendapatkan rawatan kulit di saloon & spa Zarraz  2minggu sekali.
Produk Produk Zarraz Yang Di Syorkan.
Calming Cleansing Milk, Firming Cleanser, Refreshing Hydrating Lotion, Essence Sebum Gel, Sun Protection SPF 50.

Tips Tips & Cara Penggunaan.
1.      Cuci muka 2 kali sehari , pagi & malam menggunakan Calming Cleansing Milk & Firming Cleanser.
2.      Sapukan Ref. Hydrating Lotion/ toner yang di letakkan pada kapas nipis, pada seluruh muka.(2 kali sehari)
3.      Letakkan Ess. Sebum Gel pada bahagian blackhead, whitehead, berminyak & liang roma terbuka, (1kali sehari) tunggu sehingga kering.
4.      Letakkan SPF 50 pada seluruh muka & kawasan mata.( 4 /5 kali sehari).
5.      Jangan lupa dikenakan juga pada bahagian leher.

No comments:

Post a Comment